Peluang bertemu Syafiq Kyle di Rumah Terbuka Hari Raya MR D.I.Y.
Peluang bertemu Syafiq Kyle di Rumah Terbuka Hari Raya MR D.I.Y.

SHAH ALAM - Orang ramai berpeluang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya MR D.I.Y. pada April 2025 bersama pelakon popular dan bintang utama filem dalam talian 'Peruncit' iaitu Syafiq Kyle.
Jalinan kerjasama itu dilakukan bersempena kempen ‘Raya Penuh Makna’ yang diterbitkan oleh MR D.I.Y.
Naib Presiden Pemasaran Peruncit perkakas rumah, Kumpulan MR D.I.Y (M) Berhad (MR D.I.Y), Alex Goh berkata, bagi menyertai program rumah terbuka itu orang ramai perlu memuat turun templat video Syafiq Kyle di mrdiy.co/RayaPenuhDrama dan sambungkan video dengan jalan cerita paling kreatif.
Menurutnya, filem dalam talian berdurasi lima minit itu membawa kisah menyentuh hati namun diselit dengan unsur jenaka mengenai erti sebenar sambutan Hari Raya Aidilfitri.
“Bagi menambah keterujaan pelanggan setia kami, MR D.I.Y. bekerjasama dengan Syafiq yang membuat penampilan khas sebagai penjual pisang goreng, kek dan minuman susu kocak dalam filem berkenaan.
“Orang ramai perlu muat naik video menggunakan tanda pagar #RayaPenuhDrama dan tag kami.
"Hantar penyertaan anda melalui Google Form di mrdiy.co RayaPenuhDrama.Peraduan ini berlangsung dari 10 Mac hingga 13 April 2025,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Dalam pada itu, menurut Alex, bersempena kempen itu juga turut menampilkan lebih 80 barangan keperluan perayaan di cawangan seluruh negara.
Tambah beliau, pelanggan boleh menikmati diskaun hingga 30 peratus untuk barangan keperluan seperti produk pembersihan, pelbagai snek dan minuman.
Ujarnya, inisiatif itu turut menekankan nilai kebersamaan, kesyukuran dan mencipta kenangan berkekalan.
Antara barangan yang boleh diperoleh ialah pelita raya, hiasan gantung, alas meja, langsir, kusyen, pinggan mangkuk, sampul duit raya dan aksesori fesyen.
“Kami ingin menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengenepikan perbezaan dan menghayati makna sebenar perayaan ini selain mengeratkan hubungan, berkongsi kegembiraan dan mencipta kenangan bermakna. Barulah raya penuh makna.
“Matlamat kami mudah saja iaitu membantu orang ramai menikmati sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bermakna selain menikmati pelbagai promosi menarik dan nilai hebat daripada kami.
“Bagi memeriahkan lagi sambutan perayaan kali ini, pelanggan akan menerima satu set empat keping sampul duit raya eksklusif secara percuma dengan setiap pembelian di MR D.I.Y. seluruh negara, selagi stok masih ada,” ulasnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!