SPRM diminta pantau perkembangan politik semasa

Siti Zailah
Siti Zailah
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta memantau perkembangan politik semasa tanah air bagi mengesan jika ada mana-mana ahli Parlimen yang terlibat dengan sebarang kesalahan rasuah.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, seharusnya tidak ada pemimpin yang diangkat menjadi kerajaan yang terlibat dengan rasuah sama ada memberi atau menerima rasuah.

“Saya berharap SPRM memantau setiap ahli Parlimen bagi memastikan pemimpin yang bakal menjadi kerajaan tidak terlibat langsung dengan rasuah,” katanya kepada menerusi Harakahdaily di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki yang memberikan jaminan untuk memantau sekiranya berlaku unsur rasuah dalam politik susulan daripada perkembangan semasa dalam negara.

Dalam pada itu, Siti Zailah yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat berkata, perkara itu amat penting untuk masa depan negara dan pemimpin yang dilantik adalah pemimpin yang berintegriti, berakhlak dan bermoral tinggi.

“Jika pemimpin yang dilantik itu terlibat dengan rasuah, macam mana mereka hendak menghapuskan rasuah kalau mereka sendiri pun memberi atau menerima rasuah?” soalnya.

Artikel Berkaitan: