Kabinet Interim tidak boleh dibentuk, kata Tun M

Dr Mahathir
Dr Mahathir
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa Kabinet interim atau sementara tidak boleh dibentuk pada masa ini.

Menurut Dr Mahathir, ini kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

"Buat masa ini saya tidak mempunyai kuasa untuk membentuk Kabinet," katanya pada sidang media selepas mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 di Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau dibenarkan untuk membentuk Kabinet interim sementara menanti pelantikan Perdana Menteri sebenar nanti.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada beliau ada membuat pertimbangan untuk kembali menyertai Pakatan Harapan (PH), Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjelaskan beliau perlu berbincang dengan Bersatu terlebih dahulu.

"Saya perlu duduk dan berbincang dengan (kepimpinan) Bersatu dahulu," katanya.

Terdahulu, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin Isnin lalu mengumumkan bahawa parti itu telah membuat keputusan untuk keluar daripada PH.

Muhyiddin dilaporkan berkata, semua ahli Dewan Rakyat dari Bersatu telah menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M terima kembali jawatan Pengerusi Bersatu

Sidang Parlimen Khas akan tentukan calon Perdana Menteri: Tun M

Artikel Berkaitan: