Tenaga pengajar institut kemahiran disyaki rogol pelajar direman

Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas. Foto hiasan
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas. Foto hiasan
A
A
A

CHUKAI - Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Perintah reman sehingga Selasa (18 Mac) ke atas lelaki berusia 38 tahun itu, dikeluarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin di Mahkamah Majistret Kemaman, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan berkata suspek telah ditahan pada 12.15 tengah malam tadi.

Beliau berkata, mangsa yang kini berusia 18 tahun, telah tampil membuat laporan di balai polis pada 3.38 petang semalam.

"Pihak polis turut merampas sebuh kereta dan beberapa barangan lain untuk membantu siasatan,” katanya.

Mohd Razi berkata, pihaknya juga sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kes tersebut termasuk sama ada terdapat pelajar lain yang turut menjadi mangsa. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!