Aksi tak senonoh di hospital, pegawai perubatan direman empat hari

Suspek telah berkelakuan tidak senonoh di tempat kerja terhadap mangsa berusia 21 tahun.
Suspek telah berkelakuan tidak senonoh di tempat kerja terhadap mangsa berusia 21 tahun.
A
A
A

GEORGE TOWN - Seorang pegawai perubatan ditahan selepas didakwa berkelakuan tidak senonoh terhadap seorang pesakit wanita di sebuah hospital di sini pada malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, penjawat awam berusia 43 tahun itu ditahan di tempat kerja pada jam 9.30 malam.

"Suspek telah berkelakuan tidak senonoh di tempat kerja terhadap mangsa berusia 21 tahun.

"Suspek kini direman empat hari bermula hari ini sehingga 2 Mac ini untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Difahamkan, mangsa telah ke hospital untuk pemeriksaan jantung dilakukan oleh suspek.

Suspek dikatakan meminta mangsa menanggalkan pakaian dan mangsa hanya menuruti permintaan kerana menyangka ia adalah prosedur operasi standard (SOP) dalam pemeriksaan.

Ketika pemeriksaan tersebut, hanya mangsa dan suspek berada di dalam bilik tanpa kehadiran jururawat wanita.

Suspek juga didakwa bertindak mengunci pintu bilik ketika pemeriksaan dijalankan.

Artikel Berkaitan:

Dia ditahan selepas pihak hospital mendapat maklumat berhubung kelakuan tidak senonohnya itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!