Pemandu lori ditahan cuba seludup lembu dari Thailand

TUMPAT - Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas lembu bernilai RM78,000 yang diseludup masuk dari Thailand untuk stok Ramadan selepas menahan sebuah lori di Kampung Banggol Beta di sini pada Khamis.
Serbuan ke atas lori yang membawa muatan lembu itu dilakukan pada jam 2.50 pagi semasa penugasan Op Taring Kandang.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan berkenaan telah menemukan sebanyak lapan ekor lambu yang disyaki dibawa masuk dari Thailand untuk pasaran tempatan.
"Pemandu lori berusia 21 tahun turut ditahan dalam serbuan berkenaan bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953 dan hasil rampasan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita pada Khamis.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!