PGA rampas RM1.2 juta kelapa cuba diseludup masuk Thailand

Tiga lelaki berusia 22 hingga 38 tahun yang bertindak sebagai penghantar ditahan bagi membantu siasatan. FOTO: PGA
Tiga lelaki berusia 22 hingga 38 tahun yang bertindak sebagai penghantar ditahan bagi membantu siasatan. FOTO: PGA
A
A
A

TUMPAT - Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan merampas kelapa bernilai RM1.2 juta yang cuba diseludup masuk ke Thailand selepas menyerbu sebuah stor di pangkalan haram Jalan Kasban di sini pada Jumaat.

Dalam serbuan jam 10.30 malam itu, tiga lelaki berusia 22 hingga 38 tahun yang bertindak sebagai penghantar ditahan bagi membantu siasatan.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan di lokasi telah menjumpai hampir 42,700 biji kelapa di dalam sebuah treler.

"Kes disiasat bawah Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 (FAMA).

"Kesemua suspek dan barang rampasan dibawa ke Komtak (Kompeni Taktikal) PGA Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita pada Ahad.

Menurut beliau, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!