Jangan beri sedekah jika pengemis terlibat sindiket

Pemberi sedekah tetap mendapat pahala selagi niatnya ikhlas kerana ALLAH walaupun penerima sebenarnya menipu. Gambar kecil: Asmadi - Gambar hiasan
Pemberi sedekah tetap mendapat pahala selagi niatnya ikhlas kerana ALLAH walaupun penerima sebenarnya menipu. Gambar kecil: Asmadi - Gambar hiasan
A
A
A

KUANTAN – Mufti Pahang, Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim menasihatkan orang ramai agar tidak memberi sedekah kepada pengemis yang diketahui terlibat dalam sindiket penipuan.

"Kalau betul sindiket, kita tak payah bagi dan patut diberi nasihat.

"Tetapi kalau tak pasti, maka boleh bersedekah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan mengenai segelintir pengemis yang berpura-pura miskin atau terlibat dalam sindiket penipuan.

Bagaimanapun, Asmadi menegaskan bahawa keikhlasan adalah perkara utama dalam bersedekah tanpa perlu menyiasat latar belakang penerima.

"Rasulullah SAW sendiri apabila didatangi seseorang yang meminta, Baginda memberi tanpa bertanya atau menyelidik keadaan individu tersebut.

"Kalau kita nak memberi sesuatu kepada orang, tidak perlulah kita siasat dia begitu. Yang penting, secara zahirnya kita tahulah," katanya.

Mengulas mengenai kemungkinan penerima sedekah menipu, Asmadi menjelaskan pemberi tetap mendapat pahala selagi mereka ikhlas.

"Pemberi sedekah tetap mendapat pahala selagi niatnya ikhlas kerana ALLAH, walaupun penerima sebenarnya menipu.

Artikel Berkaitan:

"Namun, individu yang menipu untuk mendapatkan sedekah tetap berdosa atas perbuatan tersebut," katanya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!