'Jadi ejen perpaduan’ - Nasihat PM kepada trio DJ Era FM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama penyampai radio ERA ketika Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama Pengamal Media di Angkasapuri pada Selasa. Foto Bernama
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama penyampai radio ERA ketika Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama Pengamal Media di Angkasapuri pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jadi ejen perpaduan, fokus kepada Ramadan.

Itu mesej yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada tiga penyampai radio Era, Nabil Ahmad, Azad Jazmin, dan Radin Amir yang terpalit dengan kontroversi baru-baru ini.

Nabil berkata, ketiga-tiga mereka amat berbesar hati dengan nasihat dan harapan yang disampaikan Perdana Menteri itu, dan bertekad untuk merealisasikan harapan tersebut.

“Kita ucap terima kasih banyak pada Datuk Seri Perdana Menteri kerana kesudian menjemput kami bertiga, dan bos kami (Priya Dharshini Prabakaran), untuk sama-sama berbuka puasa.

“Kedua, beliau juga minta kami untuk sampaikan mesej perpaduan, perbanyakkan mesej, kita hidup dalam negara harmoni, pelbagai kaum, majmuk.

“Jadi selalu dalam percakapan, perbuatan itu pasti kena perbanyakkan mesej perpaduan, itu yang beliau cakap kepada kami,” katanya kepada Astro AWANI di Majlis Berbuka Perdana Menteri bersama Media di Kuala Lumpur, pada Selasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama penyampai radio ERA ketika Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama Pengamal Media di Angkasapuri pada Selasa. Foto Bernama
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama penyampai radio ERA ketika Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama Pengamal Media di Angkasapuri pada Selasa. Foto Bernama

Terdahulu Perdana Menteri yang tiba di Angkasapuri Kuala Lumpur, untuk menyerikan majlis berkenaan, dilihat meluangkan masa di meja ketiga-tiga penyampai radio berkenaan dan berbual mesra, sambil memberi kata-kata semangat.

Artikel Berkaitan:

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran kira-kira 500 pengamal media daripada pelbagai agensi dalam dan luar negara. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!