Nelayan keluar laut bersendirian ditemui lemas

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
A
A
A

GEORGE TOWN - Seorang nelayan tempatan yang dilaporkan hilang selepas keluar ke laut bersendirian ditemui lemas dalam operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) di perairan Pulau Tikus, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada kira-kira jam 10.30 pagi Isnin daripada seorang nelayan yang juga rakan mangsa.

Mayat mangsa ditemui pada jam 11.15 pagi Selasa oleh pasukan penyelamat.
Mayat mangsa ditemui pada jam 11.15 pagi Selasa oleh pasukan penyelamat.

Menurutnya, berdasarkan laporan, mangsa yang berusia 59 tahun keluar ke laut menaiki sampan pada kira-kira jam 7 pagi Isnin sebelum dipercayai terjatuh ke dalam laut.

“Operasi Carilamat segera dilancarkan dan pada jam 11.15 pagi tadi, pasukan penyelamat berjaya menemukan mayat mangsa di perairan 2.9 batu nautika utara Tanjung Bungah.

“Siasatan awal mendapati mayat mangsa lengkap berpakaian baju sejuk hitam berjalur merah serta seluar sukan hitam. Tiada kesan kecederaan mencurigakan ditemui,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau menambah, pengecaman mayat telah dilakukan oleh waris sebelum mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat dan operasi Carilamat ditamatkan pada jam 12.20 tengah hari.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!