Sanggup beratur demi nombu kanji

Mohamed Rizwan (kiri) ketika meninjau pengedaran nombu kanji yang dilakukan.
Mohamed Rizwan (kiri) ketika meninjau pengedaran nombu kanji yang dilakukan.
A
A
A

GEORGE TOWN – Nombu kanji, bubur tradisi masyarakat India Muslim, menjadi juadah popular yang dinanti-nantikan orang ramai di Masjid Kapitan Keling setiap kali Ramadan di negeri ini.

Bubur yang berasaskan beras, sayur-sayuran, rempah ratus, dan santan ini merupakan hidangan khas untuk berbuka puasa dan telah menjadi sebahagian daripada tradisi turun-temurun di masjid bersejarah itu sejak 224 tahun dahulu lagi.

Penyelia nombu kanji Masjid Kapitan Keling, Muhammad Haniff Abdul Latheef, 57 berkata, setiap hari kira-kira lebih 500 bungkusan nombu kanji disediakan dan diedar kepada orang ramai termasuk jemaah yang bersolat Asar.

Orang ramai berbaris bagi mendapatkan nombu kanji yang diedarkan secara percuma
Orang ramai berbaris bagi mendapatkan nombu kanji yang diedarkan secara percuma

Menurutnya, 300 lagi bungkusan akan beri kepada jemaah yang berbuka dan bersolat Maghrib di masjid berkenaan.

"Nombu kanji adalah resipi masyarakat India Muslim, yang sama digunakan sejak 224 tahun lalu iaitu ketika penubuhan masjid ini.

"Tradisi sejak berzaman ini diteruskan sebagai usaha bagi mengimarahkan masjid selain berkongsi rezeki dengan jemaah," katanya ketika ditemui, di sini pemberita di sini, pada Isnin.

Berkongsi mengenai ramuan yang digunakan dalam penyediaan nombu kanji, Muhammad Haniff berkata, beliau akan menggunakan kira-kira 30 kg beras, selain pelbagai sayuran seperti tomato, cili, daun kari, pudina, ketumbar, jintan, bawang, lobak merah, kacang dal, santan dan lain-lain lagi.

Jelasnya, bubur kanji ini dimasak selama dua jam bermula 9 pagi dengan dibantu beberapa sukarelawan.

Artikel Berkaitan:

"Resipinya yang tidak pernah berubah sehingga kini menjadikannya istimewa selain penggunaan minyak sapi membangkitkan aroma serta menjadikan ia wangi dan laza.

"Bubur ini bukan sahaja enak, tetapi juga mengenyangkan selepas seharian berpuasa," katanya lagi.

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Masjid Kapitan Keling, Mohamed Rizwan Abdul Ghafoor, Nombu Kanji ini lazimnya dinikmati sewaktu berbuka puasa.

Jelasnya, tradisi Nombu Kanji ini atau kita sebut sebagai bubur berbuka puasa ini adalah tradisi di masjid Kapitan Keling ini sejak penubuhannya pada 1801 dan ia menjadi kegemaran masyarakat tempatan Islam dan bukan Islam.

Beliau berkata, nombu kanji bukan sekadar makanan kegemaran pelbagai lapisan masyarakat di negeri ini, tetapi juga simbol perpaduan masyarakat.

"Setiap hari, seramai 15 sukarelawan bergotong-royong menyediakan bubur ini sejak awal pagi bagi memastikan ia siap untuk diagihkan kepada jemaah dan masyarakat setempat.

"Pada sebelah petang pula, kita boleh lihat pelbagai lapisan bangsa akan berbaris di pekarangan masjid bagi mendapatkan nombu kanji secara percuma," katanya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!