Brazil sahkan kes pertama Covid-19

No Image Caption
A
A
A

SAO PAULO - Pihak berkuasa kesihatan Brazil semalam mengesahkan kes pertama Covid-19, lapor agensi berita Xinhua.

Menteri Kesihatan Brazil, Luiz Mandetta pada sidang akhbar berkata, seorang lelaki berusia 61 tahun didapati positif Covid-19, kes pertama disahkan di Amerika Latin.

Pesakit itu tiba di Sao Paulo minggu lalu selepas mengunjungi Perancis dan Itali, kini dikuarantin di rumah serta dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Terdahulu, pesakit itu dirawat di Hospital Albert Einstein, kata Mandetta. - Bernama

Artikel Berkaitan: