Tangguh perjalanan ke Yala, Narathiwat dan Pattani - KLN

SHAH ALAM - Kementerian Luar Negeri (KLN) menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan semua perjalanan tidak penting ke wilayah Yala, Narathiwat dan Pattani susulan beberapa insiden keselamatan yang berlaku baru-baru ini.
Menerusi kenyataan pada Ahad, pihak kementerian melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla sedang memantau rapat situasi di tiga wilayah berkenaan.
“Warganegara Malaysia yang sedang atau akan berada di wilayah-wilayah terbabit dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan berwaspada. Langkah pencegahan ini penting bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan,” menurut kenyataan itu.
Selain itu, rakyat negara yang berada di kawasan berkenaan juga diminta untuk mendaftarkan keberadaan masing-masing dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla bagi memudahkan sebarang urusan kecemasan.
Bagi mendapatkan bantuan segera, mereka boleh menghubungi di talian 6674 311 062 dan 6674 316 274 atau talian kecemasan 6693 657 0707.
Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan melalui e-mel mwsongkhla@kln.gov.my.
Pihak kementerian turut memberi jaminan sebarang perkembangan terkini mengenai situasi keselamatan di kawasan berkenaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

