Dua maut insiden letupan bom, tembak di Golok

Dua maut manakala lima cedera dalam kejadian letupan bom serta berbalas tembakan di tiga lokasi berasingan di Golok yang hanya terletak dua kilometer dari pekan Rantau Panjang pada Sabtu.
Dua maut manakala lima cedera dalam kejadian letupan bom serta berbalas tembakan di tiga lokasi berasingan di Golok yang hanya terletak dua kilometer dari pekan Rantau Panjang pada Sabtu.
A
A
A

GOLOK, THAILAND - Dua maut manakala lima cedera dalam kejadian letupan bom serta berbalas tembakan di tiga lokasi berasingan di sini yang hanya terletak dua kilometer dari pekan Rantau Panjang pada Sabtu.

Kejadian sekitar jam 7 malam itu dipercayai mengakibatkan anggota badan beruniform terkorban.

Lima yang cedera merupakan orang awam serta anggota badan beruniform.

Penduduk di Golok, Ahmed Hamden, 34, ketika dihubungi berkata, semasa kejadian dia bersama isteri dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai berniaga di bazar Ramadan.

"Sejurus tiba di laluan masuk ke kawasan penempatan, saya diarahkan berpatah balik kerana jalan itu ditutup kepada semua kenderaan.

"Semasa berbuat demikian saya dan isteri dikejutkan dengan bunyi letupan yang sangat kuat sehingga kereta dinaiki bergegar," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, tiga kawasan yang dibom ialah berhampiran Pasar Raya Big C, persimpangan lampu isyarat berdekatan pasar raya tersebut serta kawasan di padang bola berhampiran Stadium Golok.

Ujarnya, kali terakhir insiden letupan berlaku pada tahun lepas.

"Bagi kami perkara ini sudah biasa tetapi ia tetap menakutkan kerana ia melibatkan nyawa serta keselamatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu tular di media sosial berhubung insiden letupan yang berlaku di sekitar bandar Golok di sini.

Kejadian tersebut dikongsikan oleh orang ramai dan mendapat pelbagai respon daripada warga tempatan termasuk rakyat Malaysia di Rantau Panjang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!