418 mangsa dipindahkan di Beaufort, Membakut mula dilanda banjir

Keadaan banjir di sekitar kawasan Beaufort. Foto pengguna media sosial
Keadaan banjir di sekitar kawasan Beaufort. Foto pengguna media sosial
A
A
A

KOTA KINABALU - Seramai 418 orang daripada 121 dipindahkan di Beaufort akibat banjir setakat 8 pagi ini, manakala daerah Membakut mula dilanda banjir, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurut kenyataan itu, seramai 374 mangsa daripada 106 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal Dewan Selagon, manakala 44 mangsa daripada 15 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Datuk Sri Panglima Mohd Dun Banir.

"Sebanyak 10 kampung terjejas akibat banjir di Beaufort dan pemindahan mangsa pagi ini meningkat,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, daerah Membakut dilanda banjir pada pagi ini dengan PPS Dewan Kesenian Islam Membakut telah dibuka untuk pemindahan mangsa banjir.

"PPS telah diaktifkan setelah pemeriksaan kawasan dan rumah penduduk terjejas tidak selamat untuk didiami,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!