Kerajaan perpaduan atau bubar Parlimen

Sekiranya kerajaan perpaduan dilaksanakan, sudah tentu mencipta sejarah baharu dalam pentadbiran Malaysia yang mengamalkan demokrasi pilihan raya yang berasaskan perwakilan kawasan (constituency represantation).
Sekiranya kerajaan perpaduan dilaksanakan, sudah tentu mencipta sejarah baharu dalam pentadbiran Malaysia yang mengamalkan demokrasi pilihan raya yang berasaskan perwakilan kawasan (constituency represantation).
A
A
A

PERDANA Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media khas semalam mencadangkan pembentukan kerajaan perpaduan atau unity government yang menggabungkan wakil dari pelbagai parti sebagai penyelesaian kemelut politik.

Pengumuman itu dibuat di tengah-tengah konflik politik yang memperlihatkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memerintah tidak sampai dua tahun dan desakan agar peralihan kuasa Perdana Menteri kepada Presiden Parti Keadilan rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam ucapan itu Dr Mahathir berkata, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang sebaliknya hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan.

Cadangan itu telah dikemukakan kepada ketua parti politik utama yang ditemuinya beberapa hari lalu termasuk Barisan Nasional (BN) dan Pas, namun kedua-dua parti itu menolak dan menuntut Parlimen dibubarkan sebagai jalan penyelesaian.

Ramai yang berpendapat bahawa kerajaan perpaduan hanya akan memberi kuasa penuh kepada Dr Mahathir tanpa gangguan mana-mana parti kerana individu yang dipilih untuk menyertai Kabinet adalah mengikut pilihan beliau sendiri.

Malah, idea tersebut turut dibantah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dengan alasan, jika sebuah kerajaan perpaduan dibentuk, maka tidak ada pembangkang untuk menjadi ejen semak dan imbang di Dewan Rakyat.

Namun bagi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Dr Rais Yatim, pembentukan kerajaan perpaduan berupaya menterjemahkan konteks politik majmuk masa depan tanpa mengenepikan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera.

Sistem kerajaan perpaduan ini amat popular dengan model Jerman Barat. Model Jerman meletakkan sesebuah parti yang peroleh lebih 5 peratus undi popular keseluruhan layak untuk mendapat perwakilan di Dewan Legislatif.

Artikel Berkaitan:

Jika penubuhan kerajaan perpaduan berlaku, diharap ia bukan sahaja membela kepentingan dan kebajikan rakyat Malaysia berbilang kaum, malah boleh memberi fokus kepada usaha pemulihan ekonomi negara yang semakin mencabar kesan pergolakan politik dan kedudukan ekonomi global yang tidak tentu.

Sekiranya kerajaan perpaduan dilaksanakan, sudah tentu mencipta sejarah baharu dalam pentadbiran Malaysia yang mengamalkan demokrasi pilihan raya yang berasaskan perwakilan kawasan (constituency represantation).