Tip GRO kalung bunga RM1,000

Antara wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan Op Noda di sebuah pusat hiburan di ibu negara pada Jumaat.
Antara wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan Op Noda di sebuah pusat hiburan di ibu negara pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kegiatan pusat hiburan di Jalan Sungai Besi Pudu, di sini, yang dipercayai menawarkan gadis pelayan pelanggan (GRO) dengan tawaran tip berbentuk kalung bunga diserbu polis, pada Jumaat.

Op Noda pada jam 1 pagi itu dijalankan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Ketika serbuan, terdapat beberapa cubaan wanita asing melarikan diri, namun berjaya ditangkap selepas kawasan premis dikepung pasukan operasi lebih awal.

Serbuan ini turut merampas 12 kalungan bunga warna merah jambu, merah, biru serta hijau disyaki merupakan tip dengan nilai yang berbeza setiap warna.

Warna merah jambu membawa maksud nilai tip RM100, merah (RM300), biru (RM500) dan hijau (RM1,000).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, siasatan awal mendapati pusat hiburan terbabit disyaki menggajikan pekerja asing yang salah guna pas lawatan sosial.

Katanya, polis telah menahan 59 individu termasuk 47 wanita asing berusia lingkungan 19 hingga 45 tahun.

"Semakan awal mendapati dua warga tempatan merupakan pengurus serta penjaga premis, 10 pekerja warga Bangladesh serta 47 disyaki GRO.

"Wanita asing ini terdiri daripada 34 warga Thailand, Laos (9 orang), Vietnam (3 orang) serta seorang Myanmar," katanya pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, selain itu 31 orang didapati positif dadah hasil ujian air kencing hasil saringan 74 individu.

Tambah Rusdi, tangkapan turut dibuat terhadap sembilan individu merupakan 'bonzer' pusat hiburan terbabit untuk siasatan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

"Turut dirampas wang tunai RM1,920 dan kesemua tangkapan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!