Sultan Johor minta ADUN pilih PH atau gabungan baharu

Kenderaan yang dinaiki ADUN Johor memasuki perkarangan Bangunan Sultan Ibrahim setelah dititahkan menghadap Sultan Johor hari ini. -fotoBERNAMA
Kenderaan yang dinaiki ADUN Johor memasuki perkarangan Bangunan Sultan Ibrahim setelah dititahkan menghadap Sultan Johor hari ini. -fotoBERNAMA
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini, supaya menyatakan pilihan mereka sama ada gabungan baharu atau Pakatan Harapan (PH) pada pertemuan di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan di sini hari ini.

Perkara terbabit dinyatakan beberapa ADUN yang ditemui pemberita di luar bangunan berkenaan selepas mereka selesai menyatakan pendirian masing-masing berhubung situasi politik semasa.

ADUN Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad berkata, pertemuan secara individu berkenaan amat ringkas dan berlangsung lancar, kurang dari tempoh lima minit.

"Saya rasa ringkas sahaja (pertemuan beliau dengan Sultan Johor) tidak sampai lima minit.

"Saya tadi sudah membuat pilihan, ia berjalan baik dan saya mengucapkan terima kasih kepada Sultan Johor yang membantu menyelesaikan krisis politik," kata Dzulkefly yang juga Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor.

ADUN Bekok, Dr S Ramakrishnan pula berkata Sultan Johor meminta semua ADUN yang hadir supaya membuat pilihan secara individu yang memakan masa kurang seminit setiap orang.

"Hanya satu soalan sahaja (ditanya Sultan Johor), Pakatan Harapan atau gabungan, " katanya.

Sementara itu, ADUN Parit Yaani, Aminolhuda Hassan pula yakin situasi politik di negeri ini selesai apabila situasi sama selesai di peringkat Persekutuan.

Artikel Berkaitan:

Yaani yang juga Pengerusi Amanah Johor berkata dalam pertemuan itu, Sultan Johor ingin tahu dia (Yaani) menyokong pihak mana.

Terdahulu, Sultan Ibrahim yang tiba pada jam 2.44 petang dilihat keluar meninggalkan bangunan itu pada kira-kira jam 5.09 petang selepas selesai mengadakan pertemuan lebih dua jam dengan kesemua ADUN yang hadir. - Bernama