6 ejen haram bekal pekerja asing diberkas

Sindiket ejen haram yang aktif membekalkan pekerja asing tumpas dalam serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang, pada Rabu.
Sindiket ejen haram yang aktif membekalkan pekerja asing tumpas dalam serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang, pada Rabu.
A
A
A

PUTRAJAYA – Sindiket ejen haram yang aktif membekalkan pekerja asing tumpas dalam serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang, pada Rabu.

Operasi yang bermula pada jam 11.05 pagi itu melibatkan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi di Taman Kemuning Utama, Shah Alam, Taman Pandan Cahaya, Ampang dan Jalan Datuk Eusoff, Kuala Lumpur dijalankan hasil risikan selama tiga minggu berjaya memberkas enam lelaki warga asing berusia 30 hingga 50 tahun.

"Kita telah memeriksa 17 individu yang berada di premis berkenaan, hasil pemeriksaan kita menahan lima warga Bangladesh dan satu warga Pakistan.

"Salah seorang lelaki warga Bangladesh itu dipercayai majikan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Antara warga asing yang diperiksa dalam operasi khas Jabatan Imigresen Malaysia.
Antara warga asing yang diperiksa dalam operasi khas Jabatan Imigresen Malaysia.

Zakaria berkata, pihaknya telah merampas sebanyak 394 naskhah pasport Bangladesh, enam pasport Indonesia, dua pasport India, sembilan pasport Pakistan, satu pasport Filipina,

"Kita turut merampas tiga unit telefon bimbit, cop syarikat dan wang tunai berjumlah RM12,550 serta sebuah kenderaan jenis Honda Insight Hybrid untuk tujuan siasatan," ujarnya.

Menurutnya, sindiket tersebut dipercayai beroperasi selama setahun dan menggunakan modus operandi membekalkan pekerja asing kepada majikan yang telah disenarai hitam daripada memohon kuota pekerja asing.

Artikel Berkaitan:

“Ejen haram berkenaan mengenakan bayaran RM8,000 bagi setiap pekerja asing yang disediakan kepada majikan terlibat.

"Mereka juga menawarkan perkhidmatan lanjutan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dengan kadar antara RM4,000 hingga RM6,000 setahun bagi setiap pekerja,” ujarnya.

Zakaria berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati seorang memiliki pas yang masih sah, seorang tinggal lebih masa, dua individu melanggar syarat pas, manakala dua lagi tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.

"Kesemua warga asing yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63.

"Kes turut disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Akta Pasport 1966 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM)," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!