Akui berdarah India, Azad Jazmin minta maaf

Azad mengakui turut ditegur ahli keluarga susulan video kontroversinya.
Azad mengakui turut ditegur ahli keluarga susulan video kontroversinya.
A
A
A

PENYAMPAI radio dan pelakon, Azad Jazmin tampil membuat permohonan maaf susulan kontroversi yang berlaku melibatkan dirinya dan rakan sekerja di Era FM.

Jelas Azad atau nama sebenarnya Azad @ Jazmin John Louis Jefri, 49, sebagai anak daripada keturunan India, dia mengakui kesilapan dan turut mendapat teguran daripada kaum keluarganya.

"Sejujurnya, saya juga mempunyai darah keturunan India, di mana arwah bapa saya berbangsa India dan memeluk agama Islam.

"Malah pak cik dan mak cik saya juga menghubungi saya sebab mereka rasakan tindakan kami sangat tidak sopan.

"Ya salah tetap salah, jadi saya nak minta maaf kepada semua peminat dan mereka yang berbangsa India," katanya menerusi video pendek yang dimuat naik menerusi InstaStory miliknya.

Tambah Azad, apa yang diharapkan adalah permohonan maaf mereka diterima teurtamanya daripada mereka berbangsa India.

“Kami juga sudah buat permohonan maaf secara terbuka dan berharap sangat agar kawan-kawan dan keluarga saya berbangsa India sudi memaafkan kami,” jelasnya.

Hari ini, ketiga-tiga mereka selesai memberi keterangan kepada polis lebih dua jam di Bukit Aman.

Polis mengesahkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!