Setuju ketegasan SPRM tapi kes Ismail Sabri wujud lebih dua tafsiran - Mohd Syahir

Mohd Syahir
Mohd Syahir
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman mendakwa siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kemungkinan wujud lebih dua tafsiran berbeza.

Menurutnya, dua tafsiran itu sama ada agensi berkenaan tegas melawan rasuah atau menjadi 'perkakas' melawan musuh politik.

"Peningkatan tindakan SPRM menyiasat individu berprofil tinggi boleh ditafsirkan dalam dua perspektif utama iaitu sama ada sebagai usaha serius membanteras korupsi atau sekadar alat politik untuk menekan pihak tertentu.

"Setuju ketegasan SPRM siasat kes berprofil tinggi (PM6, PM4/PM7, PM8, PM9) mengundang dua tafsiran. Dalam kes PM9 (DSIS) wujud lebih dua tafsiran, Moga SPRM teguh berani," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, SPRM akan merekod keterangan kali kedua Ismail Sabri berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta di sebuah safehouse yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Kesembilan itu.

Bagaimanapun SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, proses rakaman percakapan Ahli Parlimen Bera berkenaan yang dijadual pada Rabu ditangguhkan pada Jumaat.

Pada 10 Februari lalu, Ismail Sabri sudah menghantar kepada maklumat pengisytiharan harta sebelum keterangannya direkodkan pada 19 Februari lalu.

Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!