Lelaki jatuh Sungai Kuantan ditemukan lemas

Pasukan bomba membawa mayat mangsa yang ditemukan lebih kurang satu kilometer daripada tempat dikatakan terjatuh. Foto Bomba Pahang
Pasukan bomba membawa mayat mangsa yang ditemukan lebih kurang satu kilometer daripada tempat dikatakan terjatuh. Foto Bomba Pahang
A
A
A

KUANTAN – Seorang pekerja kilang yang dipercayai terjatuh ke Sungai Kuantan dari Jambatan Putra ditemukan lemas pada pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mayat mangsa berusia 22 tahun itu ditemukan oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 8.15 pagi.

"Lokasi mayat dijumpai lebih kurang satu kilometer daripada tempat dikatakan terjatuh.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Anggota bomba mengusung mayat mangsa berusia ke 22 tahun yang ditemukan awal pagi, Rabu. Foto Bomba Pahang.
Anggota bomba mengusung mayat mangsa berusia ke 22 tahun yang ditemukan awal pagi, Rabu. Foto Bomba Pahang.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan bahawa mangsa sempat membuat panggilan video dengan seorang wanita yang dipercayai bekas teman wanitanya sebelum terjatuh ke Sungai Kuantan dari Jambatan Putra, tengah malam Isnin.

Wan Mohd Zahari berkata, siasatan mendapati telefon bimbit mangsa masih dalam keadaan melakukan panggilan video ketika ditemukan di atas motosikal yang ditinggalkan di atas jambatan.

Kejadian itu disedari selepas seorang saksi melihat sebuah motosikal dengan enjin masih hidup tetapi tanpa pemilik di atas jambatan.

Berasa curiga, saksi segera menghubungi talian kecemasan 999 untuk melaporkan kejadian tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!