X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki hilang di Sungai Pahang

Operasi SAR bagi mencari mangsa yang dilaporkan hilang selepas terjatuh di Sungai Pahang di Kampung Jelam, Bera. - Foto ihsan bomba
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh di Sungai Pahang di Kampung Jelam, Bera, malam tadi.

Kejadian melibatkan mangsa berusia 21 tahun itu dikatakan berlaku pada jam 9.30 malam sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Triang, Muhammad Redzuan Rahimpudin berkata, seramai 44 anggota terdiri pihak bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung terlibat dalam operasi SAR itu hari ini.

Seramai 44 anggota terdiri pihak bomba, polis, APM dan penduduk kampung terlibat dalam operasi SAR hari ini. - Foto ihsan bomba
Seramai 44 anggota terdiri pihak bomba, polis, APM dan penduduk kampung terlibat dalam operasi SAR hari ini. - Foto ihsan bomba

Menurutnya, operasi pencarian turut disertai Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin, Temerloh.

"Setakat ini belum diketahui tujuan mangsa ke sungai berkenaan dan punca dia terjatuh," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, setakat ini mangsa belum ditemui dan operasi mencari masih diteruskan.