22 motosikal hangus, bengkel terbakar

Bomba menerima panggilan kebakaran melibatkan sebuah bengkel motosikal dan tiga premis lain pada jam 5.11 pagi pada Isnin. Foto Bomba Perak
Bomba menerima panggilan kebakaran melibatkan sebuah bengkel motosikal dan tiga premis lain pada jam 5.11 pagi pada Isnin. Foto Bomba Perak
A
A
A

GOPENG - Sejumlah 22 motosikal musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel di Laluan Utama Kampung Tekah Baru dekat Simpang Pulai di sini pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan kejadian itu diterima pada jam 5.11 pagi.

Menurutnya, seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, Gopeng dan Ipoh telah digerakkan ke lokasi kejadian dengan bantuan tiga jentera bersama dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

"Setibanya pasukan di tempat kejadian, didapati berlaku kebakaran membabitkan sebuah bengkel yang musnah 70 peratus.

"Turut musnah dalam kebakaran itu 22 motosikal yang berada dalam bengkel.

"Kebakaran bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata, kejadian turut mengakibatkan tiga premis lain yang berdekatan iaitu kedai makan, bengkel kereta dan lot kosong masing-masing mengalami kemusnahan antara 30 hingga 50 peratus.

Katanya, operasi pemadaman dilakukan bersumberkan air dari jentera bomba dan water tanker sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya.

"Kebakaran dapat dikawal pada jam 5.33 pagi dan operasi tamat sepenuhnya jam 6.53 pagi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!