Barang mentah mahal, juadah bazar Ramadan naik harga 50 sen hingga RM1


Cuaca panas dan kenaikan harga juadah tidak menjejaskan kehadiran pengunjung bagi mendapatkan juadah berbuka puasa di bazar Ramadan pekarangan Stadium Perak di Ipoh.
Cuaca panas dan kenaikan harga juadah tidak menjejaskan kehadiran pengunjung bagi mendapatkan juadah berbuka puasa di bazar Ramadan pekarangan Stadium Perak di Ipoh.
A
A
A

IPOH - Kenaikan kos bahan mentah menyebabkan kebanyakan peniaga bazar Ramadan di sini menaikkan harga juadah antara 50 sen sehingga RM1.

Tinjauan hari pertama di bazar Ramadan pekarangan Stadium Perak mendapati pengunjung mula bersesak seawal jam 3.30 petang untuk mendapatkan juadah antaranya roti john, nasi beriani, kuih tradisional dan ayam golek.

Peniaga, Nur Izzah Md Masror berkata, perbezaan harga barangan jelas ketara apabila terpaksa menjual puding karamel dengan harga RM8 berbanding RM7 tahun lalu.

Nur Izzah
Nur Izzah

"Saya berniaga sejak 18 tahun lepas di lokasi sama dan kenaikan harga bahan mentah seperti gula dan susu pekat lebih terasa dan tidak boleh dielakkan.

"Situasi ini terpaksa dihadapi saban tahun dan kita juga maklumkan kepada pelanggan dan mereka boleh menerimanya," katanya ketika ditemui di sini pada Ahad.

Azura
Azura

Bagi peniaga, Azura Yahya, juadah antaranya laksa, mi kari dan laksam terpaksa dinaikkan sekitar 50 sen bagi menampung kenaikan harga barangan mentah serta tapak khemah.

"Laksam umpamanya tahun lalu jual RM7.50 kali ini kita jual RM8. Kenaikan itu berikutan kenaikan harga bawang, cili, ikan dan sebagainya bagi menyediakan juadah ini.

Artikel Berkaitan:

Jualan air balang antara tarikan pengunjung bagi mendapatkan minuman di bazar Ramadan pekarangan Stadium Perak berikutan cuaca panas di Ipoh.
Jualan air balang antara tarikan pengunjung bagi mendapatkan minuman di bazar Ramadan pekarangan Stadium Perak berikutan cuaca panas di Ipoh.

"Saiz hidangan juga dikurangkan sedikit. Hari pertama jualan, saya menyediakan sekitar 250 pek sahaja sebagai percubaan, takut tidak terjual dan membazir pula," katanya.

Bagi pekerja swasta, Nuratikah Khairul Anuar, 27, dia menganggap harga juadah di bazar ini masih lagi berpatutan dan tidak membebankan.

Nuratikah
Nuratikah

"Semua barang naik harga sekarang, saya faham peniaga terpaksa menaikkan harga cuma kita sebagai pembeli perlu bijak berbelanja.

"Untuk belanja di bazar Ramadan saya memperuntukkan tidak lebih RM50 kali ini," katanya.

Muhammad Fateh (kiri) dan Muhammad Firas.
Muhammad Fateh (kiri) dan Muhammad Firas.

Bagi pelajar, Muhammad Fateh Mohd Riduzan dan Muhammad Firas Naim masing-masing berusia 23 tahun, merancang untuk memasak bersama selepas melihat harga juadah ada peningkatan.

"Kami memperuntukkan RM20 sehari untuk membeli juadah di bazar Ramadan berikutan telah menjangkakan peningkatan harga jualan.

"Kami cuba kawal bajet setiap kali pembelian dan merancang untuk membeli juadah yang diingini atau jarang dijumpai," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!