Harga makanan bazar Ramadan naik lagi

Bazar Ramadan sentiasa mencuri perhatian orang ramai bukan hanya kerana keunikan juadah yang dijual tetapi kenaikan harga meningkat hampir setiap tahun.
Bazar Ramadan sentiasa mencuri perhatian orang ramai bukan hanya kerana keunikan juadah yang dijual tetapi kenaikan harga meningkat hampir setiap tahun.
A
A
A

BERMULA sahaja bulan puasa, bazar Ramadan sentiasa mencuri perhatian orang ramai bukan hanya kerana keunikan juadah yang dijual tetapi kenaikan harga meningkat hampir setiap tahun.

Jika dahulu bazar menjadi lokasi wajib untuk umat Islam mendapatkan pelbagai juadah berbuka puasa dengan harga yang berpatutan namun kini lain ceritanya.

Dengar sahaja bulan Ramadan, sudah pasti membayangkan harga mahal terutamanya makanan yang popular seperti murtabak, ayam percik, beberapa kuih tradisional dan sebagainya.

Dulu bawa RM50 boleh dapat pelbagai juadah namun sekarang jumlah tersebut kadang-kadang hanya untuk tiga juadah sahaja.

Ini dapat dilihat berdasarkan trend peningkatan harga makanan hingga mencecah RM3 di bazar Ramadan sekitar Shah Alam bagi kebanyakan juadah berbuka puasa yang popular seperti martabak, roti john dan air balang, nyata membebankan pembeli.

Tinjauan Sinar Harian di bazar Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mendapati, rata-rata peniaga terpaksa menaikkan harga makanan dan minuman disebabkan peningkatan kos bahan mentah dan operasi penjualan.

Sementara itu, harga makanan dan minuman yang dijual di bazar Ramadan daerah Ipoh juga menunjukkan sedikit peningkatan antara 20 sen hingga RM1 berbanding tahun lalu.

Walaupun ada peningkatan, didapati orang ramai tetap berkunjung ke Bazar Ramadan Stadium Perak di sini untuk membeli juadah kegemaran mereka.

Pekerja kilang, Salmah Osman, 55, berkata, kenaikan itu dapat dilihat melibatkan juadah berlauk, kuih-muih dan minuman.

Artikel Berkaitan:

"Kenaikan itu bagaimanapun tidak ketara sangat, masih mampu dibeli. Kebanyakan yang naik lebih kepada lauk-pauk, minuman itu ada tetapi tidaklah banyak.

Dalam pada itu, pengguna hanya mampu mengeluh di media sosial, berkongsi pengalaman membeli juadah di bazar Ramadan.

Walaupun kerajaan giat mempromosikan konsep 'rahmah' dengan harga berpatutan, namun bagi kebanyakan rakyat, konsep itu nampaknya belum cukup untuk dompet mereka.

Mungkin tahun depan, rakyat boleh bersiap sedia 'bawa duit lebih' setiap kali ingin berkunjung ke bazar Ramadan, kalau trend harga ini berterusan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!