X

Kindly register in order to view this article
!

Isu bubar Parlimen: Pas Pahang ikut polisi Pas Pusat

Mohd Tarmizi
A
A

KUANTAN - Pas Pahang mematuhi segala polisi dan keputusan kepimpinan Pas Pusat berhubung permohonan pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan berikutan keadaan politik negara ketika ini.

Ketua Penerangannya, Mohd Tarmizi Yahaya berkata, semua tindakan itu bergantung kepada keputusan yang diputuskan Pas Pusat.

"Bila mana isu negara tidak stabil adalah perlu untuk kembalikan kestabilan dengan memulangkan kepada rakyat.

"Tapi, hal ini ( permohonan pembubaran Parlimen) kita (Pas Pahang) akan ikut kepimpinan atasan (Pas Pusat) kerana ia membabitkan polisi parti," katanya ketika ditemui Sinar Harian hari ini.

Dalam pada itu Mohd Tarmizi berkata, Pas memutuskan untuk menarik balik akuan bersumpah (SD) menyokong Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad jika adanya gabungan dengan DAP.

Menurutnya, prinsip Pas untuk tidak bekerjasama atau berada di bawah satu gabungan amat jelas dan sudah lama ditolak oleh parti Islam tersebut.

"Pas berpegang teguh pada pendirian.. pembentukan kerajaan baharu tanpa DAP.. tapi seandainya Tun M (Tun Dr Mahathir) mahu libatkan DAP...Pas akan tarik diri.

"Perkara ini juga sudah diingatkan oleh kepimpinan Pas Pusat termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak bersama dalam satu gabungan dengan DAP," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus