Sri Lanka janji tangani konflik manusia-gajah

Seekor gajah Sri Lanka dirakam berada di sepanjang jalan di Colombo. - Foto: AFP
Seekor gajah Sri Lanka dirakam berada di sepanjang jalan di Colombo. - Foto: AFP
A
A
A

COLOMBO– Kerajaan Sri Lanka pada Khamis berjanji untuk menangani segera konflik antara penduduk kampung dan gajah liar selepas melaporkan kematian hampir 1,200 orang dan lebih 3,500 haiwan itu dalam tempoh 10 tahun.

Menteri Alam Sekitar, Dammika Patabendi berkata kepada Parlimen bahawa mereka akan membina lebih banyak pagar elektrik dan menempatkan kakitangan tambahan untuk membantu mengurangkan serangan gajah di kampung berhampiran kawasan perlindungan hidupan liar.

“Sementara itu kami juga akan memperuntukkan lebih banyak wang untuk mengurangkan konflik antara manusia dan gajah, serta berharap dalam tempoh yang singkat kami akan dapat mengurangkan isu tersebut,” kata Patabendi.

Jelasnya, terbaharu pada Januari, tiga orang dan 43 gajah lagi terbunuh.

Membunuh atau mencederakan gajah merupakan satu kesalahan jenayah di Sri Lanka yang mempunyai anggaran 7,000 gajah liar dan dianggap sebagai khazanah negara itu, sebahagiannya disebabkan oleh kepentingannya dalam budaya Buddha. – AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!