Wanita warga emas maut dirempuh kereta ketika melintas jalan

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat selepas terbabit kemalangan dengan kereta di Jalan Kampung Jawa di sini pada Jumaat.Foto FB Polis Trafik Kuantan
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat selepas terbabit kemalangan dengan kereta di Jalan Kampung Jawa di sini pada Jumaat.Foto FB Polis Trafik Kuantan
A
A
A

KUANTAN - Seorang wanita warga emas maut selepas basikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta ketika cuba melintas jalan di Jalan Kampung Jawa di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, dalam kemalangan jam 10.20 pagi itu, mangsa, Chan Ah Mooi, 85, beralamat dari Jalan Bukit Setongkol di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, pemandu kereta jenis Perodua Axia yang juga wanita warga emas berusia 70 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kereta dipandu wanita warga emas itu dalam perjalanan dari arah bandar Kuantan menghala ke Kampung Jawa di sini.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, semasa sedang bergerak lurus, tiba-tiba mangsa yang sedang menunggang basikal melintas jalan dari kanan ke kiri jalan hingga berlaku kemalangan," katanya.

Wan Mohd Zahari berkata, akibat kejadian, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!