Notis kekosongan DUN Ayer Kuning diserah secara rasmi kepada SPR

Mohammad Zahir (dua dari kiri) menyerahkan Notis Kekosongan Luar Jangka kerusi DUN Ayer Kuning secara rasmi kepada Mohd Nazri di Bilik Sidang Media DUN Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Jumaat.
Mohammad Zahir (dua dari kiri) menyerahkan Notis Kekosongan Luar Jangka kerusi DUN Ayer Kuning secara rasmi kepada Mohd Nazri di Bilik Sidang Media DUN Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Jumaat.
A
A
A

IPOH - Notis Kekosongan Luar Jangka kerusi Dewan Negeri Kawasan (DUN) Ayer Kuning diserahkan Pejabat Speaker DUN Perak secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Jumaat.

Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, notis tersebut diserahkan selepas pihaknya menerima pemakluman daripada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berhubung kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) Ayer Kuning, Allahyarham Ishsam Shahruddin.

Menurutnya, selaras dengan Perkara 36 (5) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, kekosongan luar jangka itu hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari kekosongan itu berlaku.

"Pemakluman (mengenai kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning) daripada BN diterima pada awal minggu minggu ini seperti mana yang dimaklumkan.

"Pada ketika ini persidangan DUN Negeri Perak dijangka dirasmikan pada pertengahan bulan April kita percaya SPR tentu mengambil kira perkara," katanya kepada pemberita ketika sidang akhbar di Bilik Sidang Media DUN Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Timbalan Speaker DUN Perak, Jenny Choy Tsi Jen; Pengarah SPR Perak, Mohd Nazri Ismail dan Penolong Setiausaha Dewan Negeri, Amir Fadli Mohamed Halmi

Sementara itu, Mohammad Zahir turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Ishsam.

Menurutnya, Ishsam aktif dalam badan legislatif Perak dan turut dilantik dalam dua Jawatankuasa Dewan Negeri iaitu Jawatankuasa Kebajikan Ahli serta Jawatankuasa Pilihan Khas Haiwan Berkeliaran Negeri Perak.

Pada 22 Februari lalu Ishsam, 59, dilaporkan rebah tidak sedarkan diri selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, Georgetown, Pulau Pinang.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian sekitar jam 5.20 petang, Allahyarham bersalaman dengan pemain lain di dari negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Beliau telah dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang pada jam 5.40 petang setelah bantuan kecemasan diberikan di tepi padang dan Allahyarham disahkan meninggal dunia di Jabatan Kecemasan, Hospital Pulau Pinang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!