Kadar zakat fitrah di Johor bermula RM7 hingga RM20

Mohd Fared (tengah) bersama Nooh Gadot (kiri) dan Hasrin Kamal menunjukkan kadar zakat fitrah Negeri Johor 1446H/2025M sempena Pelancaran Sambutan 100 Tahun Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Pengumuman Kadar Zakat Fitrah di Pusat Islam Iskandar di sini.
Mohd Fared (tengah) bersama Nooh Gadot (kiri) dan Hasrin Kamal menunjukkan kadar zakat fitrah Negeri Johor 1446H/2025M sempena Pelancaran Sambutan 100 Tahun Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Pengumuman Kadar Zakat Fitrah di Pusat Islam Iskandar di sini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor menetapkan tiga kadar bayaran zakat fitrah berdasarkan harga beras mengikut gred dan majoriti jenis yang digunakan di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, jumlah bayaran tersebut ditentukan mengikut timbangan satu gantang Baghdad, iaitu bersamaan 2.6 kilogram.

“Untuk tahun ini, kita tetapkan tiga kadar iaitu RM7 bagi umat Islam yang menggunakan beras super special tempatan dan beras hancur, manakala RM12 untuk pengguna beras putih import dari Thailand, Pakistan serta Vietnam.

“Bagi kadar tertinggi, iaitu RM20 dikenakan kepada mereka yang menggunakan beras basmathi import, super wangi serta ponni,” katanya semasa sidang akhbar Pengumuman Kadar Zakat Fitrah 1446H/2025M.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Hasrin Kamal Hashim dan Penasihat MAINJ, Datuk Dr Nooh Gadot.

Mengulas lanjut, Mohd Fared memaklumkan bahawa umat Islam di Johor boleh menunaikan pembayaran zakat fitrah melalui tiga kaedah iaitu menerusi perkhidmatan Amil Fitrah secara dalam talian dan di kaunter zakat MAINJ.

Ujarnya, seramai 1,637 amil telah dilantik dan diberi tauliah bagi menjalankan tugas memungut fitrah di seluruh Johor dengan kemudahan bayaran secara tunai atau Kod QR DuitNow.

“Pembayaran zakat fitrah boleh dibuat menerusi tiga cara, iaitu secara atas talian melalui aplikasi TULUS, di kaunter MAINJ di setiap cawangan atau daerah, serta melalui amil yang dilantik.

“Umat Islam digalakkan menunaikan zakat fitrah pada awal Ramadan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum Hari Raya,” tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, MAINJ mengunjurkan pungutan zakat fitrah sebanyak RM29.32 juta, melibatkan 2.51 juta umat Islam di negeri ini.

Menurutnya, pengiraan unjuran tersebut dibuat berdasarkan keadaan ekonomi semasa dengan mengambil kira 36 peratus pembayar pada kadar RM7, 45 peratus pada kadar RM12, dan 18 peratus bagi pembayar pada kadar RM20.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!