Bendung segera beras putih tempatan dicampur beras import - Pesak

Laporan Sinar Harian berkaitan beras putih tempatan. Gambar kecil: Zuha
Laporan Sinar Harian berkaitan beras putih tempatan. Gambar kecil: Zuha
A
A
A

KOTA BHARU - Persatuan Pesawah-pesawah Kelantan (Pesak) mendedahkan rakyat sudah lama ditipu berkenaan dengan beras putih tempatan dicampur dengan beras import.

Pengerusinya, Zuha Ismail berkata, sebelum ini tiada pihak yang berani membuat kajian dan mendedahkan walaupun perkara itu didakwa sudah lama berlaku.

"Apabila pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim barulah ada pihak berani berbuat demikian. Ini satu langkah yang bagus dan diharap apa yang berlaku dapat dibendung dengan segera," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Menurut beliau, Pesak menyokong usaha kerajaan menjual beras pada harga RM26 sekampit disifatkan dapat membantu meringankan beban golongan berpendapatan rendah yang dijadualkan bermula 1 Mac nanti.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan, sekitar 40 hingga 50 peratus beras import daripada 5,000 sampel yang dianalisis disahkan bercampur dengan beras putih tempatan (BPT).

Ia sekali gus menokhtahkan spekulasi bahawa BPT telah dicampur dalam kampit beras import sebelum dijual di pasaran.

Pegawai Penyelidik Kanan Biologikal Sains (genetik) Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Mohd Syahril Firdaus Ab Razak berkata, kajian yang menggunakan teknologi pengcapjarian asid deoksiribonukleik (DNA) beras itu dijalankan sepanjang tahun 2023 dan 2024.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!