Pekerja kapal dikhuatiri lemas di Pulau Duyong

Seorang pekerja kapal dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di atas kapal di Pulau Duyong pada Rabu. - Foto hiasan
Seorang pekerja kapal dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di atas kapal di Pulau Duyong pada Rabu. - Foto hiasan
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang pekerja kapal dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di atas kapal di Pulau Duyong di sini pada Rabu.

Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 10.24 pagi, membabitkan seorang lelaki berusia 35 tahun yang sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan kapal di sebuah syarikat pembinaan dan baik pulih kapal di kawasan tersebut.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Mohd Syaiful Fitri Ali berkata, operasi mencari dan menyelamat digerakkan dengan kekuatan 10 anggota menggunakan bot dengan kaedah 'surface searching'.

"Selain itu, unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) bersedia untuk melakukan selaman di lokasi mangsa disyaki terjatuh. Operasi masih dijalankan bagi mengesan mangsa yang setakat ini belum ditemui," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota turut digerakkan bagi membantu operasi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!