Pesara maut dua kereta bertembung

Keadaan kereta mangsa selepas bertembung dengan kereta yang masuk laluan mangsa.
Keadaan kereta mangsa selepas bertembung dengan kereta yang masuk laluan mangsa.
A
A
A

TAMPIN - Seorang pesara maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kereta lain Kilometer 4 Jalan Sungai Kelamah-Jelai pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, dalam kejadian 1.45 petang itu, lelaki warga emas berusia 68 tahun itu memandu Proton Saga dalam perjalanan dari Pasir Besar menghala rumahnya di Taman Pinggiran Felda, Gemas.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, sebuah Perodua Bezza dipandu lelaki berusia 32 tahun dari arah bertentangan telah masuk ke laluan mangsa dan bertembung secara berhadapan.

"Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian dada dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Sementara itu pemandu Perodua Bezza mengalami kecederaan dan sedang dirawat di Hospital Kuala Pilah, " katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Forensik Hospital Tampin untuk urusan bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan jalan raya terbabit diminta untuk tampil ke Balai Polis Trafik IPD Tampin dan boleh menghubungi talian 064412502 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Sritharan bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!