Minta, terima rasuah RM100,000, bekas pengurus kilang direman

Bekas pengurus kilang diiring pegawai SPRM ketika hadir ke mahkamah bagi permohonan reman.
Bekas pengurus kilang diiring pegawai SPRM ketika hadir ke mahkamah bagi permohonan reman.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang bekas pengurus kilang simen di negeri ini direman enam hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.

Ia sebagai balasan mempercepatkan bayaran bagi kerja-kerja pembersihan dan membaik pulih dilakukan serta bagi mendapatkan projek di kilang tempatnya bekerja.

Perintah reman terhadap suspek berusia 50-an itu dikeluarkan oleh Majistret, Syed Farid Syed Ali selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.

Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira jam 2 petang pada Isnin ketika hadir memberi keterangan di SPRM Negeri Sembilan.

“Siasatan awal mendapati, suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2018 hingga 2020 dengan meminta dan menerima rasuah daripada pemilik sebuah syarikat kejuruteraan melalui pendepositan wang ke dalam akaun milik suspek.

“Suspek juga disyaki menerima suapan secara bulanan antara RM450 hingga RM550 melalui transaksi pindahan ke akaun bank miliknya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awangkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!