Aktiviti lombong emas haram tumpas

Melombong emas secara haram dalam Kawasan lombong haram di Sungai Jubau, Mukim Keratong Muadzam Shah, Rompin yang dibongkar dalam.Ops Khazanah pada Isnin. FOTO FB BRIGED TENGGARA PGA
Melombong emas secara haram dalam Kawasan lombong haram di Sungai Jubau, Mukim Keratong Muadzam Shah, Rompin yang dibongkar dalam.Ops Khazanah pada Isnin. FOTO FB BRIGED TENGGARA PGA
A
A
A

KUANTAN - Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang berjaya menumpaskan kegiatan melombong emas secara haram dalam Op Bersepadu Khazanah di kawasan lombong Sungai Jubau, Mukim Keratong Muadzam Shah, Rompin pada Isnin.

Briged Tenggara PGA melalui kenyataan di Facebooknya menjelaskan, dalam pemeriksaan kira-kira jam 12 tengah hari itu, dua lelaki warga Kemboja ditahan untuk siasatan selepas gagal menunjukkan lesen pelombongan yang sah.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati kegiatan melombong emas itu dilakukan dua lelaki terbabit.

Antara peralatan yang dirampas di tapak lombong emas haram yang diserbu dalam Ops Khazanah pada Isnin. FOTO FB BRIGED TENGGARA PGA
Antara peralatan yang dirampas di tapak lombong emas haram yang diserbu dalam Ops Khazanah pada Isnin. FOTO FB BRIGED TENGGARA PGA

"Dalam pemeriksaan itu, pihak PGA dan UPNP menahan dan merampas peralatan melombong, kenderaan termasuk karpet getah mengandungi habuk dan partikel emas.

"Anggaran nilai rampasan keseluruhan mencecah RM96,000," katanya.

Jelas kenyataan itu lagi, kes disiasat di bawah Akta Enakmen Mineral Pahang 2001, Kanun Tanah Negara Akta 828 dan Sek 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

"Suspek diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin manakala barang rampasan diserahkan kepada UPNP untuk tindakan selanjutnya.

"Pihak PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan pelombongan haram dari terus berleluasa di dalam negara," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!