AKPS patahkan cubaan bawa masuk warga Pakistan, Bangladesh secara haram

Kesemua individu terbabit ditahan dalam operasi naziran pemantauan dan penguatkuasaan yang dijalankan Pasukan Pemantau KLIA Terminal 1 pada Isnin.
Kesemua individu terbabit ditahan dalam operasi naziran pemantauan dan penguatkuasaan yang dijalankan Pasukan Pemantau KLIA Terminal 1 pada Isnin.
A
A
A

SEPANG - Cubaan seramai 88 individu terdiri daripada warga Pakistan dan Bangladesh masuk ke dalam negara ini secara tidak sah digagalkan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) apabila ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Isnin.

Komander AKPS KLIA, Ibrahim Mohd Yusof berkata, kesemua individu terbabit ditahan dalam operasi naziran pemantauan dan penguatkuasaan yang dijalankan Pasukan Pemantau KLIA Terminal 1 bermula jam 11.30 pagi hingga 6 petang.

Beliau berkata, seramai 110 warganegara asing dari pelbagai negara telah diperiksa sepanjang operasi berkenaan.

"Pemeriksaan mendapati seramai lapan lelaki warga Bangladesh dan 80 lelaki dewasa warganegara Pakistan tidak memenuhi syarat kemasukan ke negara ini.

Pemeriksaan mendapati seramai lapan lelaki warga Bangladesh dan 80 lelaki warga Pakistan tidak memenuhi syarat kemasukan ke negara ini.
Pemeriksaan mendapati seramai lapan lelaki warga Bangladesh dan 80 lelaki warga Pakistan tidak memenuhi syarat kemasukan ke negara ini.

"Siasatan mendapati kesemua individu terbabit cuba mengelak daripada pemeriksaan dan gagal melaporkan diri sejak tiba di negara ini dan berniat meloloskan diri masuk ke dalam negara secara tidak sah," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Katanya, kesemua individu terbabit dibawa ke pejabat Unit Pemantauan untuk siasatan lanjut.

"Setelah selesai proses siasatan, pihak berkuasa mengambil tindakan menolak kemasukan kesemua individu yang tidak memenuhi syarat berkenaan.

"Sepanjang pelaksanaan operasi, keadaan berada dalam keadaan terkawal tanpa sebarang insiden yang tidak diingini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tegasnya, AKPS terus komited dalam memastikan kawalan keselamatan dan pematuhan terhadap peraturan imigresen di KLIA sentiasa dipertingkatkan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!