Mengaku pelancong, warga asing gagal bolos masuk di KLIA

APKS KLIA menggagalkan cubaan masuk 68 warga asing melalui KLIA, Sepang pada Rabu.
APKS KLIA menggagalkan cubaan masuk 68 warga asing melalui KLIA, Sepang pada Rabu.
A
A
A

SEPANG - Pergerakan mencurigakan puluhan warga asing yang berlegar dan dipercayai menunggu pihak tertentu di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membongkar cubaan masuk secara tidak sah, pada Rabu.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) KLIA dalam kenyataan berkata, modus operandi mereka adalah mengaku kedatangan ke Malaysia bagi tujuan melancong.

Bagaimanapun katanya, warga asing terbabit tidak meneruskan perjalanan ke kaunter pemeriksaan imigresen.

"Sebaliknya mereka menunggu di premis-premis makanan serta berlegar-legar di Balai Ketibaan sambil menunggu pihak-pihak tertentu untuk dibawa masuk.

"Semasa pemantauan, seramai 68 warga asing termasuk seorang wanita membabitkan 16 warga Pakistan, Bangladesh (45 orang) dan tujuh India telah dibawa ke Pejabat Operasi Imigresen untuk menjalani proses usaha wajar (due deligence) setelah didapati tidak memenuhi syarat kemasukan pelawat asing ke Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

APKS KLIA menggagalkan cubaan masuk 68 warga asing melalui KLIA, Sepang pada Rabu.
APKS KLIA menggagalkan cubaan masuk 68 warga asing melalui KLIA, Sepang pada Rabu.

Tambah kenyataan, lanjutan itu, kesemua warganegara asing tersebut telah diberi Notis Penolakan Masuk (NTL).

Katanya, ia mencatatkan rekod tertinggi NTL dalam masa 24 jam sepanjang tempoh Januari sehingga 18 Februari lepas.

Artikel Berkaitan:

"Sepanjang tempoh Januari sehingga 18 Februari, Pasukan Pemantau KLIA telah berjaya mengesan dan memeriksa seramai 2,654 warganegara asing berdasarkan modus operandi yang sama.

"Hasil daripada pemantauan tersebut, seramai 900 warganegara asing (34 peratus) telah diberi NTL kerana didapati bukan pelancong tulen dan gagal memenuhi syarat-syarat kemasukan," ujarnya.

Tegas AKPS, warga asing yang merancang untuk melancong ke Malaysia perlulah mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

"AKPS KLIA akan meneruskan pemantauan di pintu masuk antarabangsa bagi memastikan keselamatan pintu masuk negara berada di tahap yang maksimum," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!