GPS beri sokongan kepada Dr Mahathir

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Gabungan Parti Sarawak (GPS) sudah menyatakan pendiriannya untuk menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus menerajui negara.

Setiausaha Agung GPS, Datuk Alexander Nanta Linggi hari ini berkata, sokongan itu telah dimaklumkan secara rasmi oleh Pengerusi gabungan itu, yang juga Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ahad lalu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Dr Mahathir dalam pertemuan mereka di Kuala Lumpur pada hari berkenaan.

"YAB Ketua Menteri Sarawak telah mendapat mandat sebulat suara daripada Majlis Kepimpinan Tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan kesemua Ahli Parlimen GPS, memberi sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus mengetuai kepimpinan Malaysia, demi kepentingan negara," katanya dalam kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli parlimen isi borang pilih perdana menteri kelapan

Sabah Sarawak sedia jadi 'kingmaker'

'Pas mungkin dalam kerajaan baharu tapi tolak kerjasama DAP'

Harap tiada MP ‘pusing belakang’: Rais

Menurutnya, pelbagai spekulasi telah tersebar mengenai kedudukan GPS dalam masa kemelut politik semasa yang memuncak ekoran pertemuan beberapa pemimpin dan ahli parlimen dari seluruh negara di Kuala Lumpur Ahad lalu.

Kenyataan GPS hari ini yang pertama dikeluarkan sejak kemelut politik itu yang turut membawa kepada peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Bersatu. - Bernama

Artikel Berkaitan: