Harap tiada MP ‘pusing belakang’: Rais

Rais memuat naik kenyataan di Twitternya hari ini.
Rais memuat naik kenyataan di Twitternya hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM – Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad boleh menubuhkan kerajaan baharu sekiranya mendapat sokongan majoriti lebih 112 kerusi.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, bagaimanapun kerajaan baharu itu bukan lagi kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Kini kerajaan PH dah tak ada. Tun hanya sebagai Perdana Menteri sementara sebelum Perdana Menteri Kabinet baharu dilantik Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Bila Tun M dapat sokongan majoriti (lebih 112 kerusi), beliau boleh tubuh kerajaan baru tapi bukan kerajaan PH lagi,” katanya menerusi Twitter miliknya hari ini.

Bagaimanapun, Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan itu berharap ahli Parlimen yang bakal menghadap Yang di-Pertuan Agong pada hari ini tidak ‘pusing belakang’.

Artikel Berkaitan: