Sabah Sarawak sedia jadi 'kingmaker'

Mohd Shafie Apdal dan Abang Johari
Mohd Shafie Apdal dan Abang Johari
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 56 ahli Parlimen di Sabah dan Sarawak bersedia berperanan sebagai 'kingmaker' dalam menyelesaikan kemelut politik susulan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menurut laporan Malaysiakini, sumber PH mendakwa, kumpulan ahli Parlimen daripada kedua-dua negeri itu bagaimanapun meletakkan syarat kerjasama dalam gabungan baharu politik itu.

"(Datuk Seri Mohd) Shafie Apdal tidak mahu Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) terlibat di Sabah yang merupakan tawaran yang lebih mudah untuk dicapai bersama Anwar.

"Apa yang lebih sukar untuk dirundingkan ialah Gabungan Parti Sarawak (GPS) mahu kerusi Timbalan Perdana Menteri dan lebih banyak hak di bawah perjanjian MA63.

"Mereka juga akan menggesa diwujudkan keadaan pembangkang sifar di Sarawak," kata sumber itu.

Sementara itu, pemimpin GPS, James Masing yang mengetuai Parti Rakyat Sarawak berpendapat pihaknya lebih selesa bekerjasama dengan Pas berbanding DAP.

GPS mempunyai 18 ahli Parlimen, manakala Warisan dan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) mempunyai 10 ahli Parlimen.

Jumlah berkenaan membolehkan parti-parti dari Malaysia Timur itu membuat tuntutan terhadap kedua-dua belah pihak sama ada di pihak gabungan pro Anwar atau pro Azmin yang dilihat cuba mendapat sokongan ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak.

Artikel Berkaitan: