Penunggang motosikal tercampak ke dalam longkang

Mangsa cedera akibat tercampak ke dalam longkang selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Batu Belah, di sini pada Isnin.
Mangsa cedera akibat tercampak ke dalam longkang selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Batu Belah, di sini pada Isnin.
A
A
A

KLANG – Seorang penunggang motosikal cedera akibat tercampak ke dalam longkang selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Batu Belah, di sini pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Utara dikejarkan ke lokasi dan selepas menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 6.45 pagi.

"Pemeriksaan mendapati seorang lelaki berumur 29 tahun berada di dalam longkang dengan kecederaan ringan di bahagian kaki.

Anggota bomba menjalankan kerja mengeluarkan mangsa yang terhumban dalam parit dalam kemalangan di Jalan Batu Belah, di sini pada Isnin.
Anggota bomba menjalankan kerja mengeluarkan mangsa yang terhumban dalam parit dalam kemalangan di Jalan Batu Belah, di sini pada Isnin.

"Pasukan penyelamat segera menjalankan operasi membawa naik mangsa sebelum menyerahkannya kepada pihak perubatan untuk rawatan lanjut," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Katanya, operasi berjaya ditamatkan jam 7.12 pagi selepas memastikan kawasan kejadian selamat.

"Setakat ini, punca kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!