Trump fobia kuman, segera ganti meja pejabat selepas anak Elon Musk 'buang kotoran'

Aksi X ketika berada di Pejabat Oval. - Agensi
Aksi X ketika berada di Pejabat Oval. - Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengarahkan supaya meja kerja ikonik, meja Resolute di Pejabat Oval segera diganti selepas insiden yang melibatkan anak lelaki Elon Musk, X Æ A-Xii atau dikenali sebagai X, mengorek hidung serta 'membuang kotoran' itu di meja tersebut.

NDTV melaporkan, anak lelaki Musk yang berusia empat tahun itu kelihatan gelisah dan 'tidak dapat duduk diam' semasa berada bersama bapanya, Musk dan Trump semasa satu sesi soal jawab mengenai Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE).

Meja C$O yang sudah dipasang bagi menggantikan meja lama. - Agensi
Meja C$O yang sudah dipasang bagi menggantikan meja lama. - Agensi

Trump yang terkenal dengan ketakutannya terhadap kuman (germafobia) mengumumkan dalam satu hantaran di platform media sosial miliknya, Truth Social pada Khamis bahawa meja Resolute telah digantikan buat sementara dengan meja C&O.

"Meja ini, C&O, yang juga terkenal dan pernah digunakan oleh Presiden George H.W. Bush dan lain-lain, telah dipasang sementara di Rumah Putih sementara meja Resolute sedang menjalani proses pembaikan yang sangat penting," tulis Trump.

Meja C&O yang dinamakan sempena Chesapeake and Ohio Railway, pertama kali digunakan di Pejabat Oval pada 1975.

Sementara insiden penggantian meja oleh Trump berkenaan mengundang pelbagai reaksi dari seluruh dunia. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!