Buang sisa babi: JPVNS laksana proses nyahkuman

Proses nyah kuman dijalankan di kawasan pembuangan sisa babi Kampung Baru Site A, Tanah Merah, Port Dickson.
Proses nyah kuman dijalankan di kawasan pembuangan sisa babi Kampung Baru Site A, Tanah Merah, Port Dickson.
A
A
A

SEREMBAN - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) telah melaksanakan aktiviti nyahkuman di lokasi pembuangan sisa babi haram yang dikesan di kawasan Site A Tanah Merah, Port Dickson pada 13 Februari lalu.

JPVNS dalam kenyataan memaklumkan, tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan penyebaran penyakit haiwan.

Menurutnya, pihkanya menerima aduan daripada orang ramai berkaitan bau busuk dan potensi risiko kesihatan akibat pembuangan sisa babi itu

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh JPVNS pada jam 3 petang di lokasi mendapati terdapat beberapa lubang yang digunakan untuk menanam sisa babi dan ada sisa yang ditarik keluar oleh haiwan liar.

"Ketua kampung telah dinasihatkan untuk menasihati pemilik tanah supaya menutup lubang itu dengan segera bagi mengelakkan penyebaran penyakit yang berpotensi disebabkan oleh haiwan liar yang memakan atau menarik sisa babi terbabit," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Jelasnya, walaupun tiada undang-undang secara langsung yang mengawal aktiviti pembuangan sisa babi secara haram, langkah sanitasi dan pemantauan terhadap pemindahan khinzir tanpa permit akan terus dilaksanakan.

Tambahnya, amaran tegas turut diberikan kepada pemilik tanah agar tidak mengulangi kesalahan tersebut dan tindakan undang-undang akan diambil sekiranya kejadian serupa berulang lagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!