PERKESO Run & Ride 2025 tawar hadiah Perodua Bezza

PERKESO Run & Ride 2025 menyasarkan penyertaan seramai 10,000 peserta dengan objektif utama adalah untuk mempromosikan gaya hidup sihat kepada rakyat Malaysia. (Gambar kecil: Azlan)
PERKESO Run & Ride 2025 menyasarkan penyertaan seramai 10,000 peserta dengan objektif utama adalah untuk mempromosikan gaya hidup sihat kepada rakyat Malaysia. (Gambar kecil: Azlan)
A
A
A

SHAH ALAM - Hadiah utama cabutan bertuah berupa Perodua Bezza menanti 10,000 peserta bertuah yang menyertai program anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), PERKESO Run & Ride 2025 bakal berlangsung 20 April depan.

Hadiah berkenaan merupakan kesinambungan kepada ganjaran berupa sebuah kereta, Proton Saga, yang juga merupakan hadiah utama program sama yang diadakan pada tahun 2023.

Selain kereta, turut ditawarkan hadiah motosikal, basikal dan pelbagai hadiah lain kepada pemenang bertuah dalam program berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Program, Dr Azlan Darus berkata, program yang akan berlangsung di Dataran Wawasan di Putrajaya itu menyasarkan penyertaan seramai 10,000 peserta dengan objektif utama adalah untuk mempromosikan gaya hidup sihat kepada rakyat Malaysia.

Selain itu katanya, PERKESO Run & Ride 2025 juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan perpaduan dalam kalangan peserta, tanpa mengira umur, bangsa atau latar belakang.

“PERKESO Run & Ride 2025 sebenarnya selaras dengan kempen membudayakan amalan hidup sihat yang dipraktikkan PERKESO selama ini dimana kami juga mahu rakyat Malaysia sama-sama amalkan gaya hidup sebegini.

“Jadi, dalam anda bersukan, mengeluarkan peluh pada pagi hari sambil disimbah cahaya mentari pagi, anda juga sebenarnya boleh menikmati keindahan alam di Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Azlan, usaha mempromosi gaya hidup sihat juga bertepatan dengan visi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed yang selama ini menggerakkan kempen tersebut bersama anggota PERKESO.

Bahkan, kempen tolak gula yang diperhebatkan sejak tahun lepas juga merupakan manifestasi terhadap komitmen PERKESO dalam menjadikan amalan sihat sebagai budaya, bukan sahaja buat anggota tetapi juga kepada rakyat Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Terdapat beberapa kategori individu ditawarkan di mana bagi kategori larian, peserta boleh memilih antara jarak 3 kilomeyer (km), 6km atau 10km dengan yuran penyertaan sebanyak RM50.

Sementara itu, yuran penyertaan sebanyak RM60 dikenakan bagi sukan berbasikal, kategori 35km.

Selain acara individu, program berkenaan turut menawarkan pakej keluarga untuk empat orang pada harga RM180 bagi kategori larian dan RM220 untuk kategori berbasikal.

Program yang akan bermula seawal jam 7 pagi itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sampingan seperti sesi zumba dan pameran-pameran daripada vendor.

Setiap peserta yang mendaftar akan menerima jersi ekslusif PERKESO Run & Ride 2025, pingat, beg acara dan kit larian yang mengandungi kejutan istimewa buat semua peserta.

Pendaftaran dibuka sehingga 28 Februari 2025.

Orang ramai yang berminat boleh mendaftar melalui laman sesawang runandride.perkeso.gov.my atau hubungi talian 03 4264 5089 untuk maklumat lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!