Tampil konsep berbeza, tawar hadiah lumayan

Umi Kalsom (kanan) menunjukkan bakat memasak.
Umi Kalsom (kanan) menunjukkan bakat memasak.
A
A
A

SHAH ALAM - Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) melancarkan kempen ‘Senyuman Paling Bernilai, Serikan Ramadan, Ceriakan Raya’ bermula 13 Februari hingga 16 April depan sebagai persiapan awal umat Islam berpuasa dan menyambut Aidilfitri.

Pengarah Eksekutif Khidmat Korporat Lotus’s Malaysia, Azliza Baizura Azmel berkata, pihaknya melaksanakan kempen lebih awal supaya pelanggan boleh membandingkan harga keperluan memasak ketika Ramadan dan raya secara berhemat memandangkan kos sara hidup kian membimbangkan.

AZLIZA
AZLIZA

Menurutnya, kempen kali ini turut memperkenalkan Raya World Indoor Bazaar di 37 cawangan Lotus’s Malaysia di samping menyediakan pelbagai acara menarik antaranya demo masakan, aktiviti interaktif bersama jenama seperti Kellogg’s, Farm Fresh, Nestle Malaysia, Al-Kurmaa dan lain-lain. “Selepas persiapan lebih 10 bulan, kami memutuskan untuk melancarkan kempen lebih awal.

Pada 15 Mac depan, cef selebriti, Chef Wan akan berada di sini (Lotus’s Malaysia cawangan Shah Alam) untuk sesi temu mesra secara eksklusif.

Peserta dibahagikan kepada lima kumpulan iaitu masing-masing perlu menyediakan juadah raya seperti rendang daging, ayam masak merah, roti jala, bubur butir nangka dan air soda gembira.
Peserta dibahagikan kepada lima kumpulan iaitu masing-masing perlu menyediakan juadah raya seperti rendang daging, ayam masak merah, roti jala, bubur butir nangka dan air soda gembira.

“Pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah bernilai RM60,000 termasuk sesi memasak eksklusif bersama Chef Wan, koleksi ketuhar dan kuali dengan hanya berbelanja minimum RM25 beli produk Kellogg’s.

Artikel Berkaitan:

“Rebut peluang menangi tiga set televisyen jenama PRISM+ (RM1,699 setiap satu) 55 inci termasuk langganan penstriman langsung bernilai RM614 seperti Viu, meWATCH dan Durioo apabila berbelanja minimum RM68 untuk produk Nestle (terhad kepada cawangan Mergong, Kepong serta Kota Bharu sahaja),” katanya.

Gelagat pengamal media dan pengurusan Lotus's Malaysia membeli barang keperluan masakan sebelum 'berperang' di dapur.
Gelagat pengamal media dan pengurusan Lotus's Malaysia membeli barang keperluan masakan sebelum 'berperang' di dapur.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran kempen ‘Senyuman Paling Bernilai, Serikan Ramadan,Ceriakan Raya’, demo masakan dan jamuan tengah hari bersama media di Lotus’s Malaysia Shah Alam, di sini pada Khamis.

Azliza memaklumkan, kempen kali ini lebih meriah dengan adanya peraduan ‘Tap Tap Ketupat’ iaitu ahli My Lotus’s hanya perlu berbelanja minimum RM120 dalam satu resit bagi menebus hadiah lumayan yang mana jumlah keseluruhannya bernilai RM500,000.

Keadaan di stesen masakan masing-masing.
Keadaan di stesen masakan masing-masing.

Tambah beliau, pemenang harian berpeluang membawa pulang e-baucar Lotus’s, dan mata ganjaran My Lotus’s berjumlah RM410,000.

“Bagi pemenang mingguan pula, kami akan menaja keperluan rumah terbuka mereka sehingga RM5,000, terhad untuk sembilan orang sahaja sehingga peraduan tamat.

“Manakala hadiah utama, pemenang bertuah dapat membeli-belah selama setahun di Lotus’s Malaysia sebanyak RM15,000 (hanya untuk tiga orang),” ujarnya.

Wakil media menyediakan minuman pada kempen ‘Senyuman Paling Bernilai, Serikan Ramadan, Ceriakan Raya’, demo masakan dan jamuan tengah hari bersama media di Lotus's Malaysia Shah Alam, di sini pada Khamis.
Wakil media menyediakan minuman pada kempen ‘Senyuman Paling Bernilai, Serikan Ramadan, Ceriakan Raya’, demo masakan dan jamuan tengah hari bersama media di Lotus's Malaysia Shah Alam, di sini pada Khamis.

Hadiah bernilai RM470,000

Sementara itu, Pengarah Perniagaan Sokongannya, Umi Kalsom Supni berkata, kempen ‘MyDebit Syiokkk Raya’ dengan kerjasama MyDebit turut memberikan hadiah bernilai lebih RM470,000 kepada pengguna kad tersebut yang berbelanja minimum RM100 di mana-mana cawangan pasar raya Lotus’s.

UMI KALSOM
UMI KALSOM

Bermula 13 Februari hingga 30 April depan, katanya, seramai 2,500 pemenang mingguan terpilih bakal membawa pulang e-baucar Lotus’s manakala kategori bulanan dihadiahkan duit raya RM500 khusus buat 120 pelanggan bertuah.

“Hadiah utama kempen ini adalah sebuah kereta Proton S70 yang bernilai RM80,000. Pemenang kategori terbabit akan diumumkan selepas Aidilfitri.

“Jika ingin membeli kurma premium untuk berbuka puasa, kami menawarkan 18 jenis kurma yang diimport dari Palestin, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Morocco, Iran, Arab Saudi, Mesir dan Tunisia. Antaranya, Safawi, Al-Madinah, Rabbie, Premium Lulu, Khenaizi, Dabbas, Mazafati, Medjool, Royal Ajwa Aliyah serta Mariami pada harga RM5.99 hingga RM79.99.

“Terdapat jualan baju raya Rahmah bermula RM35 selain peralatan elektrik dan elektronik lain. Orang ramai juga boleh beramah mesra semasa ‘SinarFM Raya Roadshow’ di cawangan Kajang, Sungai Petani Selatan, Desa Tebrau serta Kota Bharu bermula Mac depan,” jelas Umi Kalsom.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!