Syafinaz tampil di konsert ‘Classical Treasures’ April ini

PENYANYI dan guru vokal popular Datuk Syafinaz Selamat akan mencabar tahap vokalnya di dalam konsert ‘Classical Treasures’ di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), pada 5 April ini.
Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) dalam kenyataan berkata, gabungannya bersama Syafinaz itu bakal mempersembahkan dua karya petikan daripada opera Romeo And Juliet ciptaan Gounod serta Der Hölle Rache karya Mozart yang dipetik daripada opera The Magic Flute.
"Versi opera Romeo And Juliet telah mencatat populariti yang luar biasa. ‘Ah! Je veux vivre’ yang juga dikenali sebagai ‘Juliet’s waltz’ adalah petikan yang menuntut lontaran vokal yang hebat dan dialunkan pada awal persembahan opera.
"Opera The Magic Flute ciptaan Mozart pula mendapat sambutan hangat ketika dipentaskan buat pertama kali di Vienna, Austria pada 1791 dan kekal unggul hingga ke hari ini. Der Hölle Rache adalah satu petikan menakjubkan daripada opera ini yang cukup mencabar tahap vokal penyanyinya," kata MPO.
Konsert yang bakal mementaskan enam karya klasikal agung itu termasuk Overture of The Barber of Seville ciptaan Rossini dan Nocturne in E flat karya Chopin akan dipimpin oleh Konduktor Residen Gerard Salonga.
MPO akan mengakhiri konsert tersebut dengan karya-karya hebat, iaitu Hungarian Rhapsody No.2 ciptaan Liszt dan Symphony No.7 ciptaan Beethoven. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Jason Mraz kembali dengan muzik, humor dan pesona tersendiri
02 November 2026 10:03amDr Fie sah bergelar isteri Kapten Amrul dengan sekali lafaz
01 November 2026 12:12pmPengunjung kenduri rakyat Bella-Syed Saddiq tonjol kepelbagaian budaya Sabah
31 Oktober 2026 05:40pmPelakon veteran Gerak Khas berjaya dapat CGPA 4.00
31 Oktober 2026 04:14pmMohd Shuhaily kembali bertugas
02 November 2026 04:09pmMahkamah tolak permohonan Setiausaha DKU mencelah kes Exco Negeri Sembilan
02 November 2026 07:39pm'Kita akan terhempas!' – Amaran terakhir juruterbang sebelum nahas korban sembilan nyawa
02 November 2026 02:48pmFitnah Ebit Lew, Caprice diperintah bayar RM220,000 serta-merta
02 November 2026 02:26pm- Iklan -- Iklan -
