Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
19 Februari 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Pengasuh Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Rabu bahawa dia telah mendengar suara kanak-kanak autisme itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, pada 5 Disember 2023 lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Saksi pendakwaan ke-17, Auni Afiqah Abas, 30, berkata demikian ketika perbicaraan kes pengabaian yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal membabitkan ibu bapa kanak-kanak tersebut, Zaim Ikhwan Zahari dan isterinya, Ismanira Abdul Manaf.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesZaynRayyan #Mahkamah
