Ahli Parlimen BN, Pas hanya tunggu arahan ke istana esok

HIDAYAH HAIROM

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pas yang mengadakan pertemuan tertutup di Restoran Riverside Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini sekadar memberi bayangan kemungkinan akan ke Istana Negara esok.

Mereka yang ditemui rata-rata mengambil pendekatan tidak terlalu membuka mulut berkaitan perkara itu.

Wartawan yang menunggu sejak jam 8.30 malam juga pulang hampa apabila Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan keluar menggunakan laluan lain tanpa disedari media dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga mengelak daripada membuat sebarang kenyataan.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pula hanya membalas 'kemungkinan' ketika ditanya adakah ahli-ahli parlimen BN dan Pas akan ke Istana Negara esok.

No Image Caption

Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, jangkaan waktu untuk mengadap Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mungkin pada sebelah pagi namun berharap semua pihak dapat menunggu apa jua keputusan rasmi sebelum itu.

Nada sama juga diberikan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said yang berkata, semua pimpinan hanya menunggu arahan.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

"Malam ni kita bincang jika ada arahan parti, baru kita pergi (Istana). Bab majoriti kena tanya presiden," katanya.

Pertemuan tertutup itu menyaksikan kehadiran pemimpin antaranya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Turut menyertai perjumpaan itu adalah Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Timbalan Presiden MIC, Datuk M Saravanan.

ARTIKEL BERKAITAN: BN, Pas adakan pertemuan tertutup