Sabah terima RM300,000 bantuan bencana banjir YKN

Hajiji (tiga dari kiri) menerima replika cek RM300,000 bantuan kepada Sabah oleh YKN dan disaksikan Nancy (tengah) pada majlis penyerahan di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu.
Hajiji (tiga dari kiri) menerima replika cek RM300,000 bantuan kepada Sabah oleh YKN dan disaksikan Nancy (tengah) pada majlis penyerahan di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Sebanyak RM300,000 sumbangan dana disalurkan kepada kerajaan Sabah menerusi bantuan bencana banjir oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN).

Sumbangan itu disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Pengerusi YKN, Datuk Seri Nancy Shukri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu pada Selasa.

Nancy berkata, bantuan itu bertujuan untuk meringankan beban mangsa bencana di negeri ini.

"Bantuan ini juga bagi memastikan mereka mendapat sokongan yang diperlukan dalam usaha pemulihan," katanya selepas menyampaikan bantuan tersebut.

Sementara itu, Hajiji bagi pihak kerajaan Sabah merakamkan penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan YKN dalam membantu mangsa bencana banjir di negeri ini.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali; Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Datuk Che Murad Sayang Ramjan; Ketua Pegawai Eksekutif Amanah Raya, Ahmad Feizal Sulaiman Khan dan Ketua Pegawai Eksekutif YKN, Nordina Haron.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!